Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impressionistic criticismkritikan impresionistikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894).
confessional poetrypuisi pengakuanKesusasteraanPuisiPuisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra.
occasional criminalspenjenayah sambilanKriminologiKeadilan JenayahPelaku jenayah yang bukan profesional dan tidak menjadikannya sebagai karier. Pelaku jenayah ini melakukan jenayah secara tidak terancang dan hanya melakukannya apabila ada godaan atau faktor pemangkin seperti keperluan peribadi atau sosial.
connotationpengertianKesusasteraanPuisiMakna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi.
anonymisationpenyahnamaanTeknologi MaklumatTiadaTeknik pemprosesan data dengan mengubah suai atau menggugurkan maklumat peribadi bagi menghasilkan data tanpa nama yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu.
machine politicspolitik jenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera.
confidentialitykerahsiaanTeknologi Maklumate-KesihatanSet peraturan atau perjanjian yang mengehadkan capaian bagi jenis maklumat tertentu. Set ini mencakupi aspek keselamatan bagi memastikan maklumat rahsia tidak diketahui. Contohnya, dalam e-kesihatan, kerahsiaan maklumat peribadi pesakit mengikut tahap kebenaran yang diperuntukkan dan hanya boleh dicapai oleh individu yang telah diberikan kebenaran.
cybersexploitationeksploitasi seks siberKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang melibatkan pemilikan, pembuatan, pengedaran, perbualan atau pertukaran maklumat atau bahan yang berorientasikan seks dalam talian secara tidak sah. Perbuatan ini dilakukan untuk kepuasan seksual atau kepentingan peribadi.
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
economic manmanusia ekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bertindak dalam apa juga aspek kehidupannya untuk kepentingan peribadi. Sifat ini boleh dilihat sebagai mementingkan diri dan ada juga yang melihatnya sebagai manusia yang rasional. Ia akan memikirkan segala keputusan atau tindakannya yang hanya membawa faedah kepadanya dan tidak langsung memikirkan kepentingan orang lain atau masyarakat. Dalam konteks politik, individu ini akan hanya membuat keputusan politik yang boleh memberi manfaat kepadanya sama ada dalam pengundian pilihan raya, pemilihan menganggotai parti dan menyokong atau menolak sesuatu dasar.
12

Kembali ke atas