administrative depression | kekecewaan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kemurungan atau kehampaan birokrasi yang berlaku kerana kegagalan individu atau organisasi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran. Antara elemen kekecewaan pentadbiran ialah kegagalan naik pangkat, kurang kemahiran, mangsa pilih kasih, hubungan renggang di tempat kerja, konflik dalaman, masalah disiplin pekerja, output yang rendah, prestasi yang lemah, kedudukan kewangan yang rapuh dan budaya organisasi yang tidak sihat. Senario ini akan menjejaskan semangat untuk bekerja, menambah tekanan dan menimbulkan pelbagai bentuk konflik dalam pengurusan organisasi. Kekecewaan pentadbiran juga boleh berlaku sekiranya anggota organisasi menyimpang daripada tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya tanpa berpandukan misi dan objektif yang hendak dicapai. |