hopelessness | putus harapan | Perubatan | Psikiatri | Perasaan tidak bermaya dan tidak yakin terhadap masa depan disebabkan oleh penyakit atau masalah yang ditanggung. |
strawberry generation | generasi strawberi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Generasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis. |
despair | putus asa | Kejururawatan | Tiada | Perasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan. |
misfire | cetusan salah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cetusan terputus-putus yang terjadi dalam silinder disebabkan campuran udara-bahan api yang tidak tercucuh secara selanjar. |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |