style galant | style galant | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775). |
Government Technology (GovTech) | Kerajaan Berteknologi Maju | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12) |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, �...maka dengan sekonyong-konyongnya...�. Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �tuhan jentera�. Lihat juga melodrama, plot. |
buried theme | tema tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Tema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan. |
diction | diksi | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan kata oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera, terutamanya puisi. Diksi yang baik, tepat, sesuai dan berkesan penting dalam sesebuah karya sastera bagi mengungkapkan sesuatu idea, sama ada secara bertulis ataupun secara lisan. Diksi boleh ditafsirkan contohnya sebagai abstrak atau konkrit, mudah atau rumit, formal atau tidak formal, kasar atau halus, harafiah atau kiasan, serta tepat atau kabur. |