anatomical dead space | ruang mati anatomi | Kejururawatan | Tiada | 150 ml udara dalam laluan udara yang tidak sampai ke alveoli dan tidak terlibat dalam pertukaran gas. |
jarcha | jarcha | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap akhir dalam puisi al-muwashshahah dan dianggap sebagai penutup atau penamat puisi tersebut. Puisi al-muwashshahah yang tidak berakhir dengan jarcha dianggap tidak lengkap dan tidak menepati syarat yang diperlukan dalam pembentukan al-muwashshahah. Oleh itu, jarcha dianggap bahagian asas dalam binaan al-muwashshahah. Jarcha biasanya mengandungi beberapa keratan ayat dengan menggunakan wazan (meter) serta qafiah (huruf akhir) yang sama seperti yang terdapat dalam matla� dan qufl. Bahasa yang digunakan dalam jarcha diolah menjadi bahasa Arab standard. Penggunaan bahasa standard ini mengikut kaedah tatabahasa, dan kadangkala bahasa pasar atau bahasa asing digunakan. Rangkap terakhir puisi al-muwashshahah ini seing digunakan oleh para penyair, dan memberikan isyarat kepada pendengar bahawa puisi ini sudah sampai ke penghujungnya. Jarcha dikenali juga sebagai kharja. |
non-revenue water | air bukan hasil | Perniagaan | Tiada | Air yang dihasilkan hilang atau tidak diambil kira sebelum sempat sampai kepada pengguna disebabkan oleh kebocoran, kecurian atau ketidaktepatan bacaan meter. |
azoospermia | azoospermia | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang menghasilkan semen, tetapi tidak mempunyai sperma. Azoospermia dikaitkan dengan tahap kesuburan yang sangat rendah atau kemandulan. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh masalah pengeluaran sperma atau saluran sperma tersumbat yang menghalang sperma sampai ke destinasinya. |
expressionistic | ekspresionistik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang lahir daripada perasaan penyair sebagai pengucapan peribadinya. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. Sinonim luah rasa. Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang'kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu-sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulan yang terbuang |
mandatory power | kuasa mandatori | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori. |
didactic poetry | puisi didaktik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi pemikiran dan unsur nasihat kepada semua lapisari masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Contohnya, seperti pantun di bawah. Pinang muda dibelah dua, Manik-manik mati dirambah: Dari muda sampai tua, Pengajaran baik jangan diubah. |
in transit | dalam transit | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Barang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan. |
mobile vaccination unit | unit vaksinasi bergerak | Kesihatan Awam | Tiada | Inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan unit bergerak untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat atau populasi tertentu, termasuk orang-orang yang tidak dilindungi, kumpulan berisiko tinggi, pekerja perkhidmatan perlu dan masyarakat luar bandar yang mungkin mengalami kesulitan untuk sampai ke pusat pemberian vaksin (PPV). |