antelion | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan, yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. |
countersun | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. Sinonim: antelion. |
archival storage | storan arkib | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyimpanan maklumat di luar komputer seperti pita magnet dan cakera liut untuk dokumen yang tidak selalu digunakan. |
backing storage | simpanan arkib | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyimpanan maklumat di luar komputer seperti pita magnet dan cakera liut untuk dokumen yang tidak selalu digunakan. |
fidgety habit | tabiat gelisah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perangai seseorang yang selalu tidak tenteram perasaannya atau tidak tenang hati. |
introversion | introversi | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan atau sikap individu yang mempunyai siaf-sifat tertentu seperti pemalu, memencilkan diri, tidak suka berpelesiran dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Menurut Jung, manusia berada pada dua sifat yang ekstrem, iaitu introvert atau ekstrovert. Eyesenck kemudiannya mengembangkan lagi sikap ini dengan menjelaskan bahawa individu yang introversi berpunca daripada kepekaan individu tersebut terhadap rangsangan. Individu introvert dikatakan mempunyai tahap bangkitan yang terlalu tinggi sehingga sedikit acahan sahaja boleh membuatkan individu tersebut memberi respons dengan cepat. Oleh itu, individu ini perlu mengawal diri dengan bersifat introversi supaya tidak selalu diganggu dengan rangsangan yang tidak perlu. |
terrain correction | pembetulan rupa bumi | Kejuruteraan | Petroleum | Pembetulan kepada data yang diperoleh daripada tinjauan graviti lubang gerudi untuk menghapuskan atau membetulkan pengaruh perubahan aras ketinggian sekitaran yang berbeza daripada aras ketinggian tempat pengamatan, iaitu akibat dari aras ketinggian sekitaran yang selalu tidak sama dengan aras ketinggian kepala telaga yang umumnya sebagai aras ketinggian tempat pengamatan. |
latent learning | pembelajaran terpendam | Psikologi | Psikologi Umum | Proses pembelajaran yang tidak memperlihatkan tingkah laku nyata dengan segera. Contohnya, kanak-kanak yang selalu melihat bapanya mengetatkan skru almari tidak akan dengan serta merta melakukannya sehinggalah selepas beberapa tahun berlalu barulah kanak-kanak itu yang mungkin sudah remaja atau dewasa boleh mengetatkan skru almari rumahnya dengan baik. Para pengkaji mendapati sukar untuk menentukan sesuatu yang diperoleh individu semasa pembelajaran terpendam tetapi begitu pasti bahawa individu sudah dapat memahami tentang respons yang akan dilakukan akibat daripada pemerhatian tersebut. |
equinoctial rains | musim hujan ekuinoks | Sains | Hidrometeorologi | Musim hujan yang selalu berlaku pada masa atau tidak lama selepas ekuinoks di banyak tempat dalam lingkungan beberapa darjah sekitar khatulistiwa. Ciri dua maksimum kerpasan tahunan yang nyata terdapat terutamanya di kawasan iklim hutan hujan tropika. Kawasan utama ialah lembah Kongo, lembah besar Amazon, dan Hindia Timur. Di kebanyakan tempat, maksimum musim bunga adalah lebih besar daripada musim-musim lain. |
rennin | renin | Veterinar | Tiada | Enzim yang berfungsi untuk memangkinkan penukaran kaseinogen susu kepada kasein yang tidak larut. Enzim ini terdapat dalam jus perut dan tidak dikeluarkan oleh haiwan dewasa. Enzim yang biasa diekstrak daripada perut anak lembu selalu digunakan untuk membuat keju. |