flail chest | dada terkulai | Kejururawatan | Tiada | Keadaan tiga atau lebih tulang rusuk yang patang dan menyebabkan dinding dada bergerak tidak selaras semasa pernafasan. Ciri klinikal utamanya ialah pernafasan paradoks. |
development charge | caj pemajuan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik harta tanah kerana sesuatu perubahan kegunaan, pertambahan kepadatan, dan nisbah plot, atau luas lantai yang tidak selaras dengan piawaian yang diluluskan. |
kidnap-ransom insurance | insurans tebus-balik | insurans | Tiada | Insurans ini disediakan khusus untuk institusi kewangan bagi melindungi pekerja yang dinamakan dengan amaun tebusan dikira berdasarkan individu atau agregat. Deduktibel yang dikenakan pada insured biasanya adalah 10% daripada sebarang kerugian. Pasaran untuk perlindungan ini adalah kecil dan kadarnya tidak selaras. |
shoestring district | daerah berbelanjawan kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang sedikit walaupun wilayah tersebut tidak semestinya bersaiz kecil. Peruntukan yang kecil menyebabkan wilayah ini tidak mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Perkembangannya sederhana selaras dengan perbelanjaan yang digunakan. Kebanyakan kawasan yang memilih calon pembangkang dalam pilihan raya sering menjadi kawasan yang berbelanjawan kecil apabila tindakan kerajaan negeri dan pusat meminggirkan proses pembangunan kawasan tersebut. |
float level | aras pelampung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kedudukan pelampung dalam karburetor yang menyebabkan injap jejarum menutup salur masukan bahan api. Pelampung ini dilaraskan untuk mengelakkan penghantaran bahan api yang berlebihan ke dalam mangkuk pelampung supaya tidak terjadi limpahan. Kedudukan pelampung ini menentukan aras bahan api selaras dengan muncung bahan api dalam karburetor. |
state capitalism | kapitalisme negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara. |