password fatigue | lesu kata laluan | Umum | Tiada | Perasaan tidak selesa yang dialami oleh seseorang apabila perlu mengingati banyak kata laluan. |
sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |
side effect | kesan sampingan | Herba | Pemiawaian | Kesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas. |
digital immigrant | imigran digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital. |
center of percussion | pusat tukulan | Sains Sukan | Biomekanik | Titik rujukan pada peralatan sukan yang panjang seperti raket, pedang, bet atau lembing. Pada titik ini, semua daya dineutralkan dari satu paksi pergerakan. Contohnya, dalam acara tenis, jika bola dipukul pada titik ini, maka ia memberikan kesan tekanan awal yang minimum pada tangan pemain. Hal ini disebabkan tangan tidak perlu menahan daya yang menyebabkan gerakan translasi tetapi hanya perlu menahan daya yang menyebabkan putaran raket. Kesan yang dapat dirasai oleh tangan adalah lebih ringan dan selesa. |