urtext | urteks | Kesusasteraan | Tiada | Versi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud �versi asal sesebuah teks�. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks. |
stagnant floodwater | banjir genang | Alam Sekitar | Tiada | Banjir disebabkan air yang tidak surut melebihi sesuatu tempoh masa walaupun hujan sudah tidak turun lagi kerana tidak dapat mengalir ke kawasan lebih rendah disebabkan oleh faktor pasang surut laut, topografi ataupun saliran air yang tersumbat. |
dilapidated building | bangunan usang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bangunan yang sudah rosak, tidak dipelihara, dan tidak sesuai untuk didiami. |
marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |
obselete medical device | peranti perubatan usang | Perubatan | Tiada | Alatan perubatan yang sudah ketinggalan dan tidak lagi digunakan atau dikeluarkan disebabkan oleh perubahan reka cipta atau evolusi teknologi. |
junk art | seni barang terbuang | Pelancongan | Tiada | Gubahan yang terhasil daripada bahan yang sudah rosak dan tidak dikehendaki. |
orphaned medical device | peranti perubatan yatim | Perubatan | Tiada | Alatan perubatan yang sudah jarang dihasilkan dan tidak disokong oleh pihak pengeluar atau pembekal disebabkan faktor kurang permintaan dan tidak lagi dipatenkan. |
jarcha | jarcha | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap akhir dalam puisi al-muwashshahah dan dianggap sebagai penutup atau penamat puisi tersebut. Puisi al-muwashshahah yang tidak berakhir dengan jarcha dianggap tidak lengkap dan tidak menepati syarat yang diperlukan dalam pembentukan al-muwashshahah. Oleh itu, jarcha dianggap bahagian asas dalam binaan al-muwashshahah. Jarcha biasanya mengandungi beberapa keratan ayat dengan menggunakan wazan (meter) serta qafiah (huruf akhir) yang sama seperti yang terdapat dalam matla� dan qufl. Bahasa yang digunakan dalam jarcha diolah menjadi bahasa Arab standard. Penggunaan bahasa standard ini mengikut kaedah tatabahasa, dan kadangkala bahasa pasar atau bahasa asing digunakan. Rangkap terakhir puisi al-muwashshahah ini seing digunakan oleh para penyair, dan memberikan isyarat kepada pendengar bahawa puisi ini sudah sampai ke penghujungnya. Jarcha dikenali juga sebagai kharja. |
dithyramb | ditiramb | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�. |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |