aerial work platform (AWP) | pelantar kerja udara | Kejuruteraan | Tiada | Peranti mekanikal yang digunakan secara sementara untuk membawa orang atau barang ke tempat yang tidak boleh diakses, biasanya tempat tinggi. |
absent voter | pengundi tak hadir | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah. |
perishability | lepas peluang | Pelancongan | Tiada | Keadaan apabila bilik atau tempat duduk tidak dapat dijual dan mengakibatkan pengusaha kehilangan pendapatan. |
misdemeanour | kesalahan ringan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam. |
confusion | kekeliruan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang lain. |
workplace victimization | pemangsaan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar. |
acute confusion | keliru akut | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba hingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang. |
scene | adegan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian kecil dalam babak yang memaparkan aksi berurutan dalam satu latar tempat yang tidak berubah. |
septic tank | tangki najis | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tangki pengumpulan kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. |
personal hygiene | kebersihan diri | Herba | Tiada | Amalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran. |