Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overmaskingpenopengan lampauSains KesihatanTiadaPeningkatan nilai ambang pendengaran secara tidak tepat daripada telinga yang diuji akibat penopengan yang terlalu tinggi.
human error (HE)kesilapan manusiaSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeputusan tidak tepat dan/atau tindakan tidak sesuai yang berpotensi untuk menyebabkan kegagalan sesuatu sistem, mencetuskan kemalangan atau memburukkan lagi keadaan kemalangan. Lihat juga human error probability (HEP), human failure event (HFE), post-initiator human error, pre-initiator human error.
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.
statepemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganInstitusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara.
material factfakta mataninsuransTiadaPenyataan penting yang boleh mengubah keputusan insurer. Faktor ini mungkin berkaitan dengan penyediaan, perlindungan, penyelesaian kerugian atau penentuan premium. Biasanya pemberian maklumat yang tidak tepat tentang fakta matan akan membatalkan polisi tersebut.
affective criticismkritikan afektifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif.
written paid basisasas bayaran bertulisinsuransTiadaAsas mengira nisbah kerugian insurer yang tidak begitu tepat dengan membandingkan premium insurans yang ditulis dengan tuntutan yang dibayar dalam sesuatu tempoh tersebut.
noninsurable riskrisiko tidak boleh insuransinsuransTiadaRisiko yang tidak boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari atau risiko yang mempunyai kebarangkalian kerugian yang amat tinggi.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
social malaisededar sosialPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMasalah sosial yang dapat dirasa tetapi tidak dapat dipastikan dengan tepat puncanya.
123

Kembali ke atas