free verse | sajak bebas | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tidak terikat kepada pola konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam. |
independent adjuster | ajuster bebas | insurans | Tiada | Ajuster yang tidak terikat dengan syarikat insurans. Ia menawarkan khidmat menyiasat dan menyelaraskan tuntutan insurans kepada syarikat. |
bahasa berirama | bahasa berirama | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi tradisional yang tidak terikat pada bentuk yang khusus tetapi mementingkan irama dan bunyi kata yang berulang. |
uncommitted voter | pengundi tidak terikat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand. |
gig economy | ekonomi gig | Ekonomi | Tiada | Satu sistem pasaran bebas bercirikan pekerjaan sementara atau sambilan dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. |
freelancer | pekerja bebas | Ekonomi | Tiada | Individu yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja secara sementara atau sambilan dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. |
statesman | negarawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia. |
apolitical | polos politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan atau memperjelaskan sama ada seseorang, organisasi atau kaum yang tidak terikat atau tidak mempunyai hubungan atau rangkaian politik dengan mana-mana pertubuhan dan organisasi politik tertentu. Dengan kata lain, ia bersifat neutral dalam percaturan politik mereka. Organisasi seperti Sahabat Alam, Green Peace ataupun pertubuhan Amnesty Antarabangsa merupakan sebuah organisasi atau pertubuhan yang bersifat polos politik. Polos politik juga membawa maksud sesuatu keadaan yang neutral iaitu tidak mempunyai sebarang matlamat politik. Contohnya, lawatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Acheh bagi meninjau keadaan masyarakat selepas kejadian tsunami merupakan lawatan yang bersifat polos politik. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Puisi | Susunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal |
talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba. |