Heaviside step function | fungsi injak Heaviside | Fizik | Nanoteknologi | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
quantum wire | wayar kuantum | Fizik | Nanoteknologi | Satu wayar pengalir arus elektrik yang sifat pengangkutan elektriknya dipengaruhi oleh kesan kuantum. Wayar ini mempunyai diameter kurang daripada 100 nm yang menyebabkan elektron konduksi dalam arah melintang wayar terkurung dan tenaganya terkuantum. Kerintangan elektrik dalam wayar ini juga terkuantum dan tidak dapat dikira menggunakan rumus kerintangan elektrik klasik. Kekonduksian elektrik wayar kuantum dapat mencapai 10 kali kekonduksian tembaga. Contoh wayar kuantum ialah nanotiub karbon. |