order/disorder/chaos | tertib/tidak tertib/huru-hara | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan struktur susunan dalam seni bina yang boleh dilakukan secara terancang atau tidak terancang tetapi masih dalam satu ketetapan atau undang-undang tertentu. |
associative law | hukum sekutuan | Mekanik | Gunaan | Hukum penambahan vektor yang menyatakan bahawa tertib penambahan tidak mengpengaruhi hasil tambah yang diperoleh, iaitu A + B + C = (A + B) + C = A + (B + C) |
orderly close-down | tutup terus tertib | Kejuruteraan | Tiada | Memberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula. |
irregular galaxies | galaksi tak nalar | Matematik | Tiada | galaksi luar yang tidak memperlihatkan bentuk atau tertib yang tetap atau tertentu, melainkan kebanyakannya mempunyai wajah yang leper. Galaksi ini mengandungi awan gas yang besar. |
commutative law | hukum tukar tertib | Mekanik | Gunaan | Hukum penambahan dan pendaraban bintik bagi vektor yang menyatakan bahawa tertib vektor-vektor berkenaan boleh diubah tanpa mengubah hasil yang akan diperoleh, iaitu A + B = B +A dan A.B = B . A. Perhatikan bahawa hukum ini tidak boleh digunakan untuk pendaraban silang. |
commutative | kalis tukar tertib | Matematik | Tiada | Sifat pengoperasi yang tidak tertakluk kepada kedudukan unsur yang dioperasinya. |
order hardening | pengerasan tertib | Perubatan | Tiada | Pengerasan aloi yang mempunyai taburan atom yang tidak tersusun pada kekisinya melalui pengolahan haba. |
zero order reaction | tindak balas tertib sifar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tindak balas kimia yang kadar tindak balasnya tidak bersandarkan kepekatan bahan tindak balas. |
order | giliran; aturan; order; tertib; urutan; peringkat; pesanan; susunan; perintah/arahan | Matematik | Tiada | 1. Sifat susunan yang kedudukan unsurnya tidak boleh diubah-ubah seperti susunan untuk memenuhi sifat-sifat tertentu. |
zero order kinetic | kinetik tertib sifar | Perubatan | Tiada | Ciri farmakokinetik sesuatu ubat setelah kadar metabolismenya mencapai tahap tepu, di mana pertambahan paras ubat tidak diikuti oleh pertambahan kadar metabolismenya. Dalam keadaan ini, sedikit penambahan dos ubat akan meningkatkan paras ubat darah dengan banyak. Oleh itu, pengamal perubatan perlu lebih berhati-hati dalam menambahkan dos ubat yang mempunyai sifat kinetik sedemikian. Contoh ubat ialah Phenytoin dan Theophylline. Sinonim kinetik ketepuan. |