breakeven | pulang modal | Pentadbiran | Tiada | Keadaan yang berlaku apabila hasil syarikat menyamai kos syarikat, yakni untung dan tidak rugi. |
sources of capital | sumber modal | Ekonomi | Tiada | Punca untuk mendapatkan modal, seperti pinjaman bank, jualan bon, terbitan saham, dan penggunaan semula untung yang tidak diagihkan kepada pemegang saham. |
efficient market | pasaran cekap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pasaran yang menunjukkan harga telah membayangkan semua maklumat. Pembeli sekuriti tidak lagi boleh mendapat untung abnormal daripada pelaburannya walaupun mereka berdagang dengan menggunakan maklumat ini. |
unappropriated profit | untung belum asing | Pentadbiran | Tiada | Perolehan tertahan yang tidak diperuntukan kepada tujuan tertentu atau yang tidak diagihkan sebagai dividen. |
semistrong efficient market hypothesis | hipotesis pasaran cekap bentuk separa kuat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hipotesis mengenai pasaran sekuriti yang mengandaikan harga telah membayangkan semua maklumat yang boleh didapati oleh pelabur umum. Mereka yang menggunakan maklumat ini untuk melabur tidak boleh memperoleh untung lebih tinggi daripada pelabur biasa yang melabur mengikut strategi beli dan pegang. Hanya segelintir pelabur yang mendapat maklumat dalaman sahaja yang boleh mendapat untung abnormal. |
efficient market theory | teori pasaran cekap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teori yang diasaskan atas andaian bahawa informasi baharu diserapkan dengan serta-merta dalam harga pasaran. Pelabur tidak lagi boleh memperoleh untung abnormal walaupun menggunakan maklumat ini dalam pemilihan sekuriti. |
accumulated profit | untung terkumpul | Ekonomi | Tiada | Keuntungan bersih syarikat yang tidak diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen, tetapi digunakan semula dalam perniagaan syarikat itu. |
undistributed profit | untung tak agih | Pentadbiran | Tiada | Perolehan tertahan yang tidak diagihkan sebagai dividen dan sering digunakan untuk membiayai perdagangan syarikat. |
overhanging issue | terbitan tergantung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti boleh tukar yang tidak ditukarkan kepada saham biasa kerana harga pasaran saham berkenaan tidak cukup tinggi untuk membolehkan pemiliknya mendapat untung. |
special dividen | dividen istimewa | Pentadbiran | Tiada | Dividen yang biasanya tidak berulang dan diisytihar ekoran daripada untung luar biasa. |