reissued ticket | tiket dikeluarkan semula | Pelancongan | Tiada | Tiket yang digantikan dengan yang lain disebabkan oleh keadaan tertentu, seperti pertukaran destinasi dan kehilangan tiket asal. |
group ticket | tiket berkumpulan | Pelancongan | Tiada | Tiket yang dibeli secara berkumpulan untuk mendapatkan pelbagai kemudahan, keistimewaan dan diskaun. |
one-way ticket | tiket sehala | Pelancongan | Tiada | Tiket yang sah bagi satu hala perjalanan sahaja. |
excess baggage ticket | tiket bagasi lebih | Pelancongan | Tiada | Tiket yang diberikan kepada penumpang yang membawa bagasi melebihi had yang dibenarkan. |
transportation/travel ticket policy | polisi pengangkutan/ perjalanan bertiket | insurans | Tiada | Polis yang membayar faedah kematian, kecederaan anggota, dan hilang upaya. Polisi ini dikeluarkan bersama dengan tiket pengangkutan awam dan terhad kepada risiko dan tempoh perjalanan berkaitan dengan tiket tersebut. |
exit ticket | tiket keluar | Pendidikan | Tiada | Medium penaksiran formatif sama ada dalam bentuk kertas atau widget dalam talian untuk menguji tahap kefahaman pelajar di akhir pelajaran sebagai maklum balas kepada guru. |
entry ticket | tiket masuk | Pendidikan | Tiada | Medium penaksiran formatif sama ada dalam bentuk kertas atau widget dalam talian untuk mengingat kembali ilmu yang disampaikan oleh guru sebelum pelajaran bermula. |
open date | tarikh terbuka | Pelancongan | Tiada | Tiket perjalanan yang tidak ditetapkan tarikh dan sah digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh setahun serta tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. |
self-ticketing | pertiketan sendiri | Pelancongan | Tiada | Pembelian tiket untuk perkhidmatan seperti kapal terbang, bas, konsert dan wayang secara dalam talian atau kios. |
fare simplification | pemudahan tambang | Pelancongan | Tiada | Kaedah pengiraan mudah bagi mengeluarkan tiket penerbangan. Contohnya, kadar tambang dari destinasi A ke destinasi B mengikut musim yang telah ditentukan oleh syarikat penerbangan. |