Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bus] | تيمبوس

Definisi : menimbus menimbuni sesuatu dgn tanah dll, mengisi (lubang dll) dgn tanah dll hingga tertutup, mengambus: rumah yg buruk tempatnya berlindung itu boleh runtuh dan ~ dirinya anak-beranak; semua lubang tempat air bertakung hendaklah ditimbus supaya nyamuk tidak membiak; tertimbus ditimbus, tertimbun, terkambus: mereka menjumpai tulang gajah yg besar ini ~ di bawah tanah; timbusan bahan spt tanah, pasir, batu dsb utk menimbus sesuatu: mayat itu telah dapat dikeluarkan dr ~ pasir yg tebal; penimbusan perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus: kerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bus] | تيمبوس

Definisi : ; menimbus mengambus se­suatu dgn pasir dll; mengisi lubang dsb dgn tanah dll: Selepas bertelur, penyu tsb ~ lubang itu semula rata-rata hingga kelihatan spt sediakala. tertimbus ter­­tutup oleh tanah dll; terkambus, tertimbun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbus
Kata Terbitan : menimbus, menimbusi, tertimbus,