Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj ikan laut, Lutjanus decus-satus (vitta); 2. sj ikan laut, Scolopsis bilineatus; ® mentimun II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timun-timun

Puisi
 

Timun dendang di pintu kandang,
     Batang bayam saya paiskan;
Rindu siang bawa bertandang,
     Rindu malam saya tangiskan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Macam timun dengan durian: menggelek luka,
     kena gelek pun luka.

Bermaksud :

Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bioturbationbiokacauanSains MarinTiadaGangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen.
epibenthosepibentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya.
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara �buka panggung� yang diakui dengan upacara �menghadap rebab�. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria.

Kembali ke atas