Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ meneng­gara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum petrocarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.
political philosophyfalsafah politikSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza.
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV)Kesihatan AwamTiadaVirus korona yang menjangkiti manusia, kelawar dan unta dan menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk, termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas. Penyakit ini mula dilaporkan di Arab Saudi dan merebak ke beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat.
exoticismeksotisismeKesusasteraanTiadaKeanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad.
neutralneutralSains PolitikPolitik PerbandinganDasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
orientalismeorientalismeKesusasteraanTiadaKajian sastera tentang wacana dan pemikiran Timur daripada kaca mata Barat.
silk roadjalan suteraPelanconganTiadaLaluan darat bersejarah dari Asia Timur ke Asia Barat yang menjadi daya tarikan pelancong.
crepuscular raysinaran krepuskularGeologiTiadaSinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus.
mashrabiya screentabir mashrabiyaKesenianTiadaTabir kayu bermotifkan seni bina Timur Tengah sebagai tabir tingkap atau pembahagi ruang.
1234

Kembali ke atas