Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin] | تين

Definisi : 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : 1 besi tipis yg berlapis timah; kaleng: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas makanan dll yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok. mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin (ttg buah-buahan, ikan dsb): Kerja-kerja ~ dan melabel dilakukan dgn mesin. mengetinkan menyimpan atau memasukkan sesuatu ke dlm tin supaya tahan lama: Buah-buahan itu ditinkan. ~ ikan. pengetinan proses (perbuatan, hal dsb) mengetin atau mengetinkan. pengetin syarikat, kilang dsb yg mengetinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tin can APIAPI bekas tinTeknologi Maklumate-PembelajaranNama API yang dibangunkan oleh sebuah syarikat persendirian Advanced Distributed Learning (ADL) untuk mengakses perisian aplikasi berasaskan web khususnya e-pembelajaran. Kemudiannya, API Bekas Tin dijadikan piawaian dan dijenamakan sebagai API pengalaman (xAPI). Lihat juga API Pengalaman (xAPI).
symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
packaging materialbahan pembungkusanHerbaTiadaBahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer.
rigid packagingpembungkusan tegarMakanan dan PemakananTiadaBungkusan yang mempunyai kekuatan menahan impak yang tinggi yang bertujuan untuk melindungi kandungan bahan yang terdapat di dalamnya dan mempunyai ciri-ciri halangan yang tinggi untuk menentang perubahan suhu. Contoh pembungkusan tegar adalah cawan, botol, tin, poliester (PET) dan sebagainya.

Kembali ke atas