catalyst | pemangkin | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
anodic reaction | tindak balas anod | Kimia | Kimia Analisis | Tindak balas dalam mekanisme kakisan elektrokimia. Dalam tindak balas ini logam di anod akan larut di dalam elektrolit dan membentuk ion yang bercas positif. |
self-limiting chain reaction | tindak balas rantai had diri | Kejuruteraan | Tiada | Tindak balas rantai yang penyederhananya secara automatik mengehadkan tindak balas tersebut dalam julat yang ditentukan. |
Kharasch addition reaction | tindak balas campuran Kharasch | Fizik | Nanoteknologi | Proses tindak balas kimia yang melibatkan pencampuran tetraklorometana dengan pelopor polimer metil metakrilat. Tindak balas ini dibantu oleh bahan pemangkin dendrimer yang terdiri daripada sebatian aromatik yang mengandungi nikel (Ni). |
double decomposition | penguraian ganda dua | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan. |
aging reaction | tindak balas penuaan | Sains Kesihatan | Tiada | Tindak balas yang menstabilkan enzim asetilkolinesterase terfosfolirat akibat perencatan oleh pestisid jenis organofosfat. |
stability constant | pemalar kestabilan | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut: |
allergic reaction | tindak balas alergi | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tindak balas badan dan sel yang mengeluarkan bahan kimia akibat serangan antigen, misalnya patogen, debu, makanan tertentu dan lain-lain yang tidak bersesuaian. Pada orang yang tidak alergi, bahan tersebut dimusnahkan, tetapi pada orang yang alergi bahan tersebut merangsang pembentukan histamina dan seterusnya menyebabkan bengkak. |
electrochemical reaction | tindak balas elektrokimia | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tindak balas kimia dalam elektrolit akibat pergerakan elektron. |
Arrhenius process | proses Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |