Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : apa-apa yg dilakukan; perbuatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindak-tanduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phallocentrismfalosentrismeKesusasteraanTiadaKecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi.
counterplotplot sampinganKesusasteraanTiadaJalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik.

Kembali ke atas