Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebak­nya rusuhan; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; ber­buat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. . ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar per­aturan tatatertib perkhidmatan, organi­sasi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,

Peribahasa

Telah jauh maka dipanggil.

Bermaksud :

Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Act of ExecutiveTindakan EksekutifSains PolitikPolitik PerbandinganKeputusan yang diambil oleh kabinet yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memelihara dan melindungi kepentingan awam. Tindakan diambil apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Tindakan ini hanya dibincang di peringkat kabinet tanpa memerlukan pengesahan parlimen. Contohnya, keputusan kabinet (kerajaan) Malaysia menetapkan harga siling bagi produk video cakera padat merupakan satu bentuk tindakan eksekutif yang bertujuan melindungi kepentingan ekonomi industri muzik negara.
additive gene actiontindakan gen tambahPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBr. tindakan gen aditif; Id. tindakan gen aditif)
preventative actiontindakan pencegahanHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan.
nursing actionstindakan kejururawatanKejururawatanTiadaPelaksanaan penjagaan kejururawatan yang terdiri daripada dua kategori, iaitu: (a) tindakan autonomi kejururawatan (b) tindakan kejururawatan berpreskripsi.
Act of StateTindakan NegaraSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat.
action coalitiongabungan tindakanPentadbiranTiadaTindakan yang diambil oleh dua atau lebih pihak untuk mencapai, meneladani dan berkongsi amalan terbaik. Contohnya, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad dalam menggalakkan syarikat korporat menangani wabak COVID-19.
gene actiontindakan genPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah gen tertentu yang memberikan kesan kepada badan. Tindakan gen boleh menjadi dominan atau resesif, terangkai seks atau terlibat dalam aberasi kromosom. Gabungan tindakan gen akan menghasilkan fenotip yang dapat dilihat pada organisma.
biotransformationbiotransformasiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerubahan molekul kimia dalam sesuatu sebatian akibat tindakan sistem biologi, contohnya tindakan mikroorganisma atau enzim.
affirmative actiontindakan afirmatifSains PolitikPolitik PerbandinganDasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan.
action theoryteori tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganTeori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi.
12345678910...

Kembali ke atas