Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
direct actiontindakan langsungSosiologiTiada1. Tindakan untuk mencapai sesuatu maksud secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan.,2. Tindakan mogok yang diambil oleh pekerja sebagai cara untuk mendapatkan layanan terhadap tuntutan-tuntutan mereka.
preemptionhak siaranKomunikasiKorporat1. Tindakan mengosongkan ruang dalam jadual rancangan untuk digantikan dengan rancangan atau bahan siaran baru dalam tempoh masa yang terdekat. Tindakan ini biasanya dilakukan apabila berlakunya keadaan kecemasan atau keperluan lain yang dianggap penting kepada pihak awam oleh pihak pengurusan sesebuah stesen penyiaran. Pihak pengurusan akan mengeluarkan arahan sama ada secara lisan atau bertulis, terutama daripada pihak pengurusan tertinggi bagi mengosongkan masa siaran tertentu ketika sesuatu keperluan mendesak. Contohnya, menyiarkan berita bencana alam, kematian pemimpin negara, atau mengeluarkan arahan keselamatan. 2. Tindakan menarik balik hak penyiaran iklan bagi sesebuah syarikat dan menggantikannya dengan penyiaran iklan daripada syarikat lain dengan kadar harga yang lebih tinggi.
subversionsubversiTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik.
decatenatenyahjeraitKomputerTiada1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya.
hyposensitizationpenghipopekaanPerubatanTiada1. Tindakan atau proses mengurangkan kesan-kesan alergen, dengan menyuntik pada satu tempoh, dos alergen yang dinaikkan beransur-ansur, sehingga resistans timbul.,2. Tindakan atau proses untuk menjadi hiposensitif.
act of statetindakan negaraSains PolitikTiada1. Tindakan kerajaan atas nama negara sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun dalam negeri.
abdicateturun takhta; letak kuasaSains PolitikTiada1. Tindakan seorang raja yang sedang memerintah berhenti daripada menjadi raja dan memberikan takhtanya kepada seorang yang lain.,2. Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang sedang berkuasa menyerahkan kuasanya kepada seseorang atau sesuatu pihak yang lain.
croppedpotongPerpustakaanTiada1. Tindakan memotong berlebihan margin kepala buku yang boleh merosakkan teks.,2. Bahagian atas, bawah dan sisi gambar foto yang dibuang atau dipotong supaya gambar terhasil dengan ukuran yang betul dan menempati ruang yang seimbang.
pressurizationpenekananKejuruteraanTiada1. Tindakan mengekalkan tekanan atmosfera biasa di dalam kebuk yang ditandakki tekanan luar yang tinggi atau rendah.,2. Penggunaan gas lengai atau udara kering pada tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera, di dalam komponen-komponen sistem radar atau di dalam talian sepaksi yang terkedap, untuk mengelakkan karatan dengan menghalang lembapan dan untuk meminimumkan kegagalan voltan tinggi pada altitud yang tinggi.
submergencepenenggelamanHidrologiTiada(1) Tindakan memasukkan sesuatu ke bawah permukaan air.
12345678910...

Kembali ke atas