high density lipoprotein (HDL) | lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Sejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. |
angiotensin | angiotensin | Bioteknologi | Tiada | Polipeptida yang dihasilkan daripada globulin hati. Kepekatan polipeptida ini tinggi pada pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi. |
leniency error | ralat murah hati | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan menilai sebilangan pekerja dengan terlalu tinggi atau terlalu rendah. |
high density lipoprotein | lipoprotein ketumpatan tinggi | Gerontologi | Tiada | Lipoprotein yang mengandungi banyak protein tetapi kurang kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol ke hati daripada sel periferal. |
universality | kesejagatan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan |
kala-azar | kala-azar | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit dengan kadar kematian yang tinggi, ditandai dengan demam, anemia progresif, pembesaran hati dan limpa, dan di sebabkan oleh parasit Leishmania donovani. |
low density lipoprotein | lipoprotein ketumpatan rendah | Gerontologi | Tiada | Lipoprotein yang mengandungi kurang protein tetapi tinggi kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol dari hati ke sel periferal. |
choline | kolina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C5H15,NO2,. Cecair likat tak berwarna, sangat larut dalam air dan etanol, tetapi tak larut dalam eter. Bahan ini merupakan satu daripada vitamin B kompleks yang penting untuk penyerapan lemak dalam badan. Bahan ini juga menghentikan lemak daripada terenap dalam hati dan membantu pergerakan lemak ke dalam sel badan. Sumber terkaya kolina ialah hati, buah pinggang, otak, genna gandum, ragi, dan kuning telur. Kekurangan kolina menyebabkan sirosis hati, yang menyebabkan ulser perut berdarah, kerosakan pada buah pinggang, tekanan darah tinggi, aras kolesterol darah tinggi, enapan kolesterol dalam saluran darah, dan pengerasan arteri. |
first-pass metabolism | metabolisme laluan pertama | Farmasi | Farmakologi | Metabolisme drug yang berlaku di hepar (hati) padapertama kali drug tersebut melalui organ berkenaan setelah diserap dari salur usus. Drug yang mengalami kadar metabolisme hepar yang tinggi akan menyebabkan banyak drug diekstrak dari darah dan seterusnya mengurangkan biokeperolehan drug tersebut dalam peredaran sistemik. Kadar metabolisme laluanpertamabergantung pada kadar pengaliran darah hepar dan fungsinya. Ia perlu diambil kira dalam menentukan dos sesuatu drug. |
insulin | insulin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Hormon yang dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas dan bertindak balas terhadap tahap glukosa darah yang tinggi. Insulin meningkatkan sintesis glikogen dalam hati dan pergerakan glukosa daripada aliran darah ke dalam otot dan sel adipos. Penyakit diabetes melitus berlaku disebabkan oleh ketidakcukupan bekalan insulin atau gangguan fungsinya. |