Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
high pressure safety injection (HPSI) systemsistem suntikan keselamatan bertekanan tinggiSains NuklearKejuruteraan ReaktorSistem keselamatan yang berfungsi untuk menambah bahan penyejuk pada tekanan tinggi ke dalam sistem penyejukan reaktor akibat kebocoran kecil apabila susutan tekanan adalah kecil.
Frenkel excitoneksiton FrenkelFizikNanoteknologiPasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama.
electron microscopemikroskop elektronFizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan.
low profile tyretayar susuk rendahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTayar lebar yang mempunyai nisbah tinggi tayar dengan lebar tayar yang kecil.
continuous gas liftangkat gas berterusanKejuruteraanTiadaSalah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan.
euphasideufasidSains MarinTiadaKumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus.
relaygegantiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis elektromagnet atau peranti pengawal yang menggunakan arus elektrik kecil untuk membuka dan menutup suis litar elektrik lain yang menggunakan arus elektrik yang lebih tinggi.
paper chromatographykromatografi kertasHerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang menggunakan kepingan kertas khas (selulosa) yang mempunyai sifat jerapan yang tinggi. Sampel diaplikasikan pada permukaan kepingan kertas sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian atas. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan membenarkan cecair fasa gerak meresap turun melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi kertas.
Raman effectkesan RamanKimiaKimia AnalisisPenyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh.
12

Kembali ke atas