Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin di dinding rumah (terdiri drpd berbagai-bagai bentuk) yg dpt dibuka dan ditutup; jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkap (kata nama)
Bersinonim dengan jendela, lubang angin, tabuk, loket, ram.,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blind windowtingkap butaKesenianHiasan DalamanTingkap khas yang terdiri daripada beberapa selak panjang atau menegak yang dibuat daripada pelbagai bahan keras seperti kayu, plastik atau logam yang dipasang bersama-sama dengan tali pada tingkap ini. Tingkap ini tidak boleh dibuka kerana dibina pada dinding dan biasanya digunakan sebagai hiasan. Walau bagaimanapun, cahaya dan pemandangan boleh dilihat menerusi tingkap ini.
bull's eye windowtingkap mata lembuKesenianHiasan DalamanTingkap kecil yang berbentuk bulat. Tingkap ini merupakan elemen seni bina klasik sejak abad ke-16, yang biasanya dikenali dengan perkataan Perancis oeil de boeuf. Tingkap ini dikenali juga sebagai tingkap jenguk.
casementdaun tingkap kacaKesenianHiasan DalamanTingkap kaca yang mempunyai engsel dan bingkai bergerak, sama ada ke arah luar atau dalam. Daun tingkap ini juga dikenali sebagai tingkap berbingkai.
P. abat-jourtingkap cahayaKesenianHiasan DalamanTingkap yang mengawal atau mengarah cahaya ke sasaran yang dikehendaki bagi menimbulkan suatu ambiens, kesan dramatik dan nilai kerohanian. Contohnya, tingkap di rumah ibadat atau loteng.
self-cleaning windowtingkap swacuciFizikNanoteknologiKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
cathedral windowtingkap katedralFizikNanoteknologiSifat tingkap gereja yang kacanya berwarna merah tua. Warna ini dihasilkan dengan menambahkan emas ke dalam kaca cair untuk membentuk ampaian koloid nanozarah.
basementtingkat bawah tanahKesenianHiasan Dalaman1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.
louvered windowtingkap ramPenilaian Harta TanahTiadaTiada
lattice windowtingkap kekisiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas