typographic image | imej tipografi | - | Tiada | Imej yang terhasil daripada susunan tipografi. |
typography | tipografi | - | Tiada | Seni dalam penyusunan aksara dan teks bahan terbitan. |
pica | pika | - | Tiada | Unit ukuran tipografi yang bersamaan dengan 12 poin, 1/6 inci atau 4.2 mm. |
en | en | - | Tiada | Unit ukuran lelurus dalam bidang tipografi yang bersamaan dengan setengah em dalam fon yang sedang digunakan. |
em | em | Penerbitan | Tiada | Unit ukuran lelurus dalam bidang tipografi yang bersamaan dengan saiz poin huruf "M" dalam fon yang digunakan. |
housestyle | gaya penerbitan | - | Tiada | Peraturan atau piawai yang berkaitan dengan ejaan, tipografi, format, persembahan dan elemen lain yang ditetapkan dalam penyediaan bahan terbitan. |
visual design | reka bentuk visual | - | Tiada | Reka bentuk produk dan perkhidmatan yang menggunakan imej, tipografi, ruang, reka letak dan warna bagi meningkatkan nilai estetika dan kebolehgunaannya. |
local colour | warna asal | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang mengeksploitasi pengucapan, pakaian, tingkah laku, kebiasaan berfikir dan tipografi yang terdapat pada suatu daerah tertentu. |
chirographic culture | budaya kirografik | Kesusasteraan | Tiada | Budaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat. |