Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ris] | تيريس

Definisi : 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bum-bung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; tirisan tempat yg tiris; ketirisan kebocoran: ~ atap rumah; ~ rahsia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ris] | تيريس

Definisi : 1 bocor pd sesuatu (spt tayar, atap) yg menyebabkan angin dpt keluar atau air dpt masuk dsb. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Gayung yg ~ tidak dpt digunakan lagi. meniriskan menjadikan tiris; membocorkan. ketirisan 1 kena kesan drpd sesuatu yg tiris; kebocoran. 2 keadaan tiris; kebocoran. penirisan perihal atau perbuatan meniriskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiris (kata kerja)
Bersinonim dengan bocor, meleleh, merembes, menitis, menitik, rejap;,
Kata Terbitan : ketirisan,

Puisi
 

Makan nasi berulam bawang,
     Makan halia tiga hiris;
Besar mana nak meminang orang,
     Air disiram haram tak tiris.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flashingmengilat; kalis tirisKejuruteraanTiadaKalis tiris: Kepingan nipis yang selanjar yang terdiri daripada logam, plastik, getah ataupun kertas kedap air yang digunakan untuk menghalang serapan atau aliran air menembusi sambungan pada dinding atau pada bumbung.
counter flashingkalis tiris setentangKejuruteraanKejuruteraan BangunanKalis tiris yang didongakkan ke atas untuk melindungi sambungan pada dinding atau pada bumbung daripada air.
seeptirisGeografiTiadaTiada
seeptirisKejuruteraanTiadaTiada
flashingkalis tirisKejuruteraanKejuruteraan BangunanKepingan nipis yang selanjar yang terdiri daripada logam, plastik; getah ataupun kertas kedap air yang digunakan untuk menghalang serapan atau aliran air menerusi sambungan pada dinding ataupun pada bumbung.
leaker eggtelur tirisVeterinarTiadaTiada
flashingmengilat; kalis tirisKesenianTiadaTiada
cover flashingkalis tirisKesenianTiadaTiada
apron flashingkalis tiris mendatarKesenianTiadaTiada
flash covelekukan kalis tirisKejuruteraanKejuruteraan BangunanKepingan zink yang dipasang di antara pertemuan dinding dengan bumbung.
12

Kembali ke atas