motor unit | unit motor | Sains Sukan | Biomekanik | Gabungan antara neuron motor dengan tisu-tisu otot yang berhubungan. |
surgical emphysema | emfisema pembedahan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila udara memasuki tisu melalui luka atau insisi pembedahan, biasanya berlaku pada tisu dada dan leher akibat kebocoran dalam paru-paru atau esofagus. Selain itu, bakteria mungkin menghasilkan gas dalam tisu-tisu lembut. |
tissue engineering | kejuruteraan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
adipose tissue | tisu adipos | Kejururawatan | Tiada | Tisu perantara yang terdiri daripada sel-sel yang dipenuhi dengan globul lemak. Tisu ini berfungsi sebagai pelindung organ, penebat haba dan sumber tenaga. |
tissue repair | pembaikan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
adenofibroma | adenofibroma | Kejururawatan | Tiada | Neoplasma benigna yang terdiri daripada tisu epitelial dan tisu perantara yang mengandungi struktur-struktur kelenjar. |
debridement | debridemen | Kejururawatan | Tiada | Pembersihan rapi tisu yang terinfeksi atau tercemar dengan membuangkan tisu mati dan kotoran sehingga tisu kelihatan segar semula. |
atrophy | atrofi | Kejururawatan | Tiada | Kesusutan tisu atau organ yang menjadikan tisu atau organ itu kecil. Keadaan ini boleh disebabkan kekurangan zat makanan, tidak menggunakan tisu atau organ tersebut, atau penuaan. |
cancer treatment | rawatan kanser | Fizik | Nanoteknologi | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |
corpus luteum | korpus luteum | Kejururawatan | Tiada | Tisu glandular dalam ovari yang dibentuk pada tapak folikel Graaf yang memecah selepas ovulasi. Tisu ini akan merembeskan hormon progesteron, yang menyediakan uterus untuk implantasi. Jika implantasi gagal, penghasilan progesteron dari tisu ini akan merosot. |