Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tian] | تيتين

Definisi : 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titian

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salt bridgetitian garamKimiaKimia AnalisisTiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur.
reference electrodeelektrod rujukanKimiaKimia AnalisisElektrod yang mempunyai keupayaan malar dan diketahui nilainya, dan tidak dipengaruhi oleh larutan ujian. Ia mengandungi komponen sel setengah dalaman, elektrolit titian garam, dan satu saluran kecil di hujung elektrod yang dialiri oleh elektrolit titian garam. bd. elektrod kalomel.
bridgetitianKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Mendakan karbon yang terjadi pada titik sentuh. (2) Diod yang disambung antara pemegun dengan sistem elektrik lain.
footbridgetitianPenilaian Harta TanahTiadaTiada
salt bridgetitian garamKimiaTiadaTiada
salt bridgetitian garamFarmasiTiadaTiada
salt bridgetitian garamPerubatanTiadaTiada
hanging mercury drop electrodeelektrod titisan raksa tergantungKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod raksa yang titisan raksanya tergantung pada tiub rerambut kaca. Elektrod ini sering digunakan dalam analisis logam surih melalui teknik voltammetri pelucutan anod. bd. elektrod titian raksa.

Kembali ke atas