Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh ber­derai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya men­dapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : titis atau derai air dsb. ~ peluh penat lelah atau usaha yg sungguh-sungguh. menitik jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. menitikkan menyebabkan ke­luar setitik demi setitik; menitiskan. titikan apa-apa yg menitik; titisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : tanda yg bulat dan kecil (utk menandakan tempat berhenti mem­baca atau utk menunjukkan bahawa sesuatu ayat sudah lengkap dsb); noktah. ~ dua noktah bertindih. ~ kata kata pemutus. ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya. ~ permulaan sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. ~ perpuluhan tanda titik yg mengasingkan angka penuh dgn angka perpuluhan. ~ persamaan unsur(-unsur) yg menunjukkan ke­samaan beberapa perkara. menitik membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : ; menitik memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,

Puisi
 

Anak itik jatuh ke pantai,
     Memakan jambu anum;
Liur titik gugur ke lantai,
     Melihat balu orang lagi anum.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Biar titik,
     jangan tumpah.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anomalous (abnormal) retina correspondencekesepadanan retina (abnormal) beranomaliPerubatanTiadaHubungan di antara titik-titik yang sepadan pada retina kedua-dua mata, dengan titik-titik penetapannya adalah salah.
perpendicular distancejarak serenjangMatematikTiadaJarak yang diukur mengikut garis serenjang kepada garis atau satah tertentu. Antara jarak-jarak dari titik T ke titik-titik pada garis g, jarak serenjang merupakan jarak terpendek dan diambil sebagai jarak dari titik T ke garis g.
pulse lengthpanjang denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJulat masa antara titik-titik tempat nilai pada pinggir depan dengan pinggir belakang yang mempunyai hubungan tertentu terhadap amplitud denyut puncak. Nilai panjang denyut mempengaruhi resolusi prob. Hal ini bergantung kepada standard, biasanya panjang/lebar denyut diukur pada aras 20% Ketinggian Skrin Penuh (FSH), apabila kepekaan disetkan pada ketinggian ujian yang ditetapkan.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
diesellingpendieselanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan enjin pencucuhan bunga api yang menggunakan bahan api gasolin dengan sistem karburetor yang terus beroperasi walaupun sistem pencucuhan telah dimatikan. Pendieselan berlaku disebabkan wujudnya mendakan karbon yang membentuk titik-titik panas yang masih membara dalam kebuk pembakaran. Haba yang terhasil oleh mendakan ini cukup untuk berfungsi sebagai unsur pencucuhan.
preignitionprapencucuhanKejuruteraan AutomotifEnjinPencucuhan campuran bahan api di dalam kebuk pembakaran yang disebabkan selain palam pencucuh. Proses ini berlaku dalam lejang aruhan sebelum palam pencucuh mengeluarkan bunga api. Keadaan ini disebabkan oleh kewujudan titik-titik panas akibat daripada bucu tajam dalam kebuk pembakaran atau tokokan karbon dalam kebuk pembakaran. Bagi enjin petrol, keadaan ini juga boleh terjadi sekiranya palam pencucuh mempunyai julat haba yang terlebih panas.
focal spot sizesaiz titik fokusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKawasan yang terdapat pada permukaan sasaran anod yang menerima alur elektron daripada filamen katod. Saiz titik fokus menentukan ketajaman imej radiograf pada filem. Semakin kecil saiz titik ini, semakin tajam imej diperoleh. Julat saiz titik fokus adalah dari 0.1 mm hingga 3 mm. Sinonim titik fokus, titik fokus terma.
continuitykeselanjaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah arus elektrik yang mengalir dari satu titik ke titik yang lain melalui litar lengkap.
Cartesian coordinate systemsistem koordinat CartesSains SukanBiomekanikSistem untuk menilai posisi satu titik dalam ruang dua atau tiga dimensi. Penilaian posisi atau titik ini ditentukan melalui satu satah menerusi dua nombor yang dikenali sebagai koordinatx dan koordinat-y suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu, dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada keduadua paksi. Sistem koordinat Cartes juga digunakan dalam ruang (iaitu, tiga koordinat digunakan) dan dalam dimensi yang lebih tinggi.
flash pointtitik kilatKejuruteraan AutomotifEnjinSuhu terendah yang menyebabkan suatu cecair boleh mem- bentuk campuran yang boleh terbakar di permukaannya. Titik kilat digunakan sebagai ukuran kebolehbakaran suatu bahan api cecair yang mempengaruhi operasi sesebuah enjin, mudah di- cucuh, kadar perambatan nyala selepas dicucuh dan kesukaran memadamkannya. Contohnya, petrol mempunyai titik kilat - 60°C sementara etilina glikol mempunyai titik kilat 111°C. Bagi diesel, titik kilat ditentukan mengikut piawaian sesebuah negara. Contohnya, Negara Kesatuan Eropah menentukan titik kilatnya pada suhu minimum 55°C.
12345678910...

Kembali ke atas