Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : titik (air dll): dgn tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~; bertitis = menitis; bertitisan menitis dgn banyaknya: embun jantan ~ membasahi bumi; air matanya dibiarkan ~ membasahi pipi; menitis jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik): air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu; menitisi menitis pd, menitiki; menitiskan menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan: apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka sekadarnya; titisan 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah ke­turun­an; ~ pena karangan, ciptaan (sastera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
titis
Rujuk :titik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drop timemasa titisKimiaKimia AnalisisMasa di antara satu titis dengan titis yang lain. Masa ini bergantung kepada saiz salur rerambut dan tekanan yang dikenakan ke atas liang rerambut itu. bd. elektrod titisan raksa tergantung.
drop lifehayat titisKimiaKimia AnalisisTempoh dari bermulanya pembentukan titis di hujung salur rerambut sehingga titis itu jatuh dalam teknik polarografi. lih. polarografi, elektrod titisan raksa.
drop ornamenthiasan titisKesenianHiasan DalamanPerhiasan berbentuk titisan air dan mempunyai ukiran pelbagai warna. Hiasan titis biasanya dipasang secara tergantung, berayun dan berpusing secara bebas. Contohnya, gantungan hiasan yang dipasang pada pokok cemara ketika perayaan krismas.
drop weight methodkaedah berat titisKimiaKimia AnalisisKaedah untuk mengukur ketegangan permukaan cecair.
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.

Kembali ke atas