X-ray tube | tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu komponen sistem penghasilan sinar-X yang terdiri daripada katod, anod, sirip penyejuk, kon penumpu, yang dibina dalam tiub kaca vakum. Tiub kaca divakumkan untuk mengelak daripada berlaku pelanggaran elektron dengan zarah udara. |
tube head | kepala tiub | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Komponen utama tiub radas sinar-X yang mengandungi katod, anod, dan plat penumpu. Tiub tersebut dihampagaskan supaya tiada pelanggaran antara elektron dengan zarah udara untuk melancarkan pergerakan elektron dari katod ke anod. |
tracheostomy tube | tiub trakeostomi | Kejururawatan | Tiada | Tiub lengkung yang dibuat daripada bahan sintetik dan dimasukkan melalui trakeostomi. |
endotracheal tube | tiub endotrakea | Kejururawatan | Tiada | Tiub sintetik yang dimasukkan melalui mulut atau hidung ke dalam trakea untuk mengalirkan oksigen atau ubat anestetik. |
tyre tube | tiub tayar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tiub berbentuk silinder bulat yang dimasukkan ke dalam tayar untuk menampung udara. |
probe-tube microphone | mikrofon tiub prob | Sains Kesihatan | Tiada | Tiub prob bermikrofon kecil yang disisipkan dalam kanal telinga untuk mengukur prestasi alat bantu pendengaran. |
tube current | arus tiub | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Arus elektron yang mengalir di dalam tiub sinar-X dari anod ke katod. |
tubeless tyre | tayar tanpa tiub | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tayar yang boleh mengedap udara tanpa menggunakan tiub. |
duct | saluran | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiub atau pembuluh yang digunakan sebagai penyalur cecair atau udara. Tiub mekanikal ini biasanya disembunyikan di dalam ruang siling. Saluran juga boleh didedahkan sebagai suatu unsur reka bentuk yang menarik menggunakan kemasan yang sesuai, seperti cat atau kayu. |
micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |