Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiub I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
micro focus X-ray tubefokus mikro tiub sinar-XTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik.
microwavemikrogelombangKimiaKimia AnalisisSinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 1 mm hingga 30 cm. Ia boleh dijanakan oleh tiub kuasa frekuensi radio daripada arus terus voltan tinggi.
rare-gas nanoclusternanogugusan gas nadirFizikNanoteknologiKelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron.
nanostructurenanostrukturFizikNanoteknologiObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
microelectrodemikroelektrodKimiaKimia AnalisisElektrod kerja kecil yang mempunyai luas permukaan antara 1 mm2 hingga 10mm2 dan digunakan dalam teknik polarografi ataupun teknik voltammetri yang lain. Ia dibina daripada bahan-bahan lengai yang boleh membawa arus seperti raksa, platinum, emas, perak dan grafit. Mikroelektrod biasanya terdiri daripada dawai halus atau ceper yang diletakkan di dalam tiub kaca, kecuali jika ia dibina daripada raksa.

Kembali ke atas