dune | gumuk | Geografi | Tiada | 1. Bonggol atau permatang pasir yang dihasilkan oleh tiupan angin yang lazim terdapat di kawasan gurun panas dan juga pada zon yang melampaui tanda air pasang tinggi di kawasan pinggir laut. 2. Ciri subakua di dasar sungai yang dibentukkan oleh aliran air. |
leeward | teduh angin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Bahagian bukit, gunung atau pulau yang terlindung daripada arah tiupan angin atau ombak. 2. Arah teduh angin sesuatu titik menunjukkan arah bawah angin dari titik tersebut misalnya ke arah timur bagi angin baratan. |
storm warning | amaran ribut | Sains | Hidrometeorologi | 1. Berita meteorologi yang memberi amaran tentang berlakunya atau kemungkinan berlakunya tiupan angin dengan daya Beaufort 10 atau 11 di kawasan tertentu. 2. Berita dalam bahasa yang mudah difahami dan disiarkan kepada tentera laut dan kapal perdagangan melalui siaran armada yang sesuai; amaran ini memberikan maklumat tentang kedudukan, gerakan, keamatan, dan lain-lain bagi sesuatu pusat tekanan rendah. 3. Umumnya, ramalan keadaan cuaca yang sangat buruk. |
storm warning | amaran ribut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Maklumat meteorologi yang memberi amaran tentang berlakunya atau kemungkinan berlakunya tiupan angin dengan daya Beaufort 10 atau 11 di kawasan tertentu. 2. Umumnya, ramalan keadaan cuaca yang sangat buruk. 3. Maklumat dalam bahasa yang mudah difahami dan disiarkan kepada tentera laut dan kapal perdagangan melalui siaran armada yang sesuai. Amaran ini memberikan maklumat seperti kedudukan, gerakan, dan keamatan sesuatu pusat tekanan rendah. |
chôro | chôro | Muzik | Tiada | 1.1pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Sejenis ensembel yang terdiri daripada gitar, alat tiupan dan genderang. Chôro berasal dari Rio de Janeiro dan amat popular pada akhir abad ke-19. Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|