Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep trinitrotoluena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tnt


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
TNT equivalentsetaraan TNTKejuruteraanTiadaUkuran tenaga terbebas dari letupan bom nuklear yang diberikan dalam unit tan trinitrotoluena.
2,4,6-trinitrotoluene (TNT)2,4,6-trinitrotoluena (TNT)KimiaForensikFormula kimia, C7H5N3O6; nama am, metiltrinitrobenzena. Sebatian kimia berbentuk jarum monoklinik, berwarna kuning, takat lebur 80°C - 81°C, larut dalam etanol dan eter, tidak larut dalam air, dan mempunyai risiko kebakaran dan letupan. Bahan ini boleh disediakan melalui penitratan toluena dengan menggunakan campuran asid nitrik dan asid sulfurik. Bahan ini toksik secara pengingesan, penyerapan kulit atau penyedutan, dan boleh menyebabkan pening kepala, lemah badan, anemia dan kecederaan pada hati. Dos maut akut dianggarkan I g - 2 g, dan had pendedahan ialah 0.5 mg/m3- Penemuan patologi ialah atropi kuning akut pada hati, aplasia sumsum tulang, pendarahan petekia, dan nefritis toksik. Bahan ini digunakan sebagai bahan letupan - bahan perantara dalam proses pewarnaan, dan bahan kimia fotografi.
amatolamatolKimiaTiadaBahan letupan yang terdiri daripada campuran ammonium nitrat dan trinitrotoluena, TNT.
ammonalammonalKimiaTiadaBahan letupan yang mengandungi campuran ammonium nitrat serbuk aluminium dan TNT.
high explosivesbahan letupan kuatKimiaTiadaBahan letupan yang mengandungi nitrogen dan meletup akibat kejutan atau haba. Letupannya sangat kuat dan berlaku serta-merta. Misalnya, trinitrotoluena (TNT) dan nitrogliserin.
cyclonitesiklonitKimiaForensikFormula kimia, C3H6N6O6. Pepejal berhablur putih dengan takat lebur 203.5�C. Bahan ini larut dalam aseton, larut sedikit dalam metanol, eter, etil asetat dan asid asetik glasial, tetapi tak larut dalam air, karbon tetraklorida dan karbon disulfida. Siklonit digunakan sebagai bahan letupan yang 1.5 kali lebih kuat berbanding TNT, dan juga sebagai racun tikus. Siklonit menjadi toksik apabila tersedut atau tersentuh pada kulit. Had pendedahannya ialah 1.5 mg/m3 Siklonilboleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati, kesan pada sistem saraf pusat, dan anemia. Nama lain, RDX.

Kembali ke atas