Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tokoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni.
intellectual imagerycitraan intelektualKesusasteraanPuisiGambaran keintelektualan seseorang tokoh sama ada sasterawan negara mahupun budayawan, dan lain-lain terutama yang berhubung dengan pemikiran dan pandangan falsafahnya. Umpamanya pemikiran intelektual Muhammad Iqbal sering dicitrakan dalam bentuk puisi.
guided democracydemokrasi terpimpinSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka.
state craftmahir urus negaraSains PolitikPolitik PerbandinganlImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
nationalistnasionalisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air.
technocracyteknokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang dilaksanakan oleh golongan mahir atau masyarakat yang ditadbir oleh segolongan pakar yang arif dalam bidang masing-masing. Dalam pemerintahan, golongan ini diberi tanggungjawab besar untuk merancang dan melaksanakan pemerintahan negara. Dengan itu, ia tidak terpilih atau dilantik atas dasar undi popular atau sokongan ramai. Contohnya ialah sistem pentadbiran yang diamalkan di Amerika Syarikat yang melantik tokoh teknokrat yang terkenal di negara tersebut untuk memegang jawatan penting dalam pemerintahan.
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
socialist realismrealisme sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang bersifat estetika yang menggunakan bahan seni seperti sastera, lukisan atau muzik untuk menanam kesedaran sosial dalam membentuk satu masyarakat sosialis. Fahaman ini tidak menekankan kepada kekuatan ketenteraan atau propaganda pemimpin, sebaliknya meletakkan kepentingan bahan seni sebagai keutamaan. Bahan-bahan seni yang digemari oleh rakyat akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan politik. Cerita kesusahan petani dan buruh ditonjolkan bagi menanam semangat cintakan negara. Tulisan Nikolay Ostrovsky berjudul How the Steel Was Tempered digunakan sepenuhnya oleh pendukung realisme sosialis di Rusia pada dekad 1930-an untuk membangunkan kesedaran masyarakat dalam membina masyarakat sosialis. Antara tokoh fahaman ini ialah Nikolay Ostrovsky, Ishak Haji Muhammad dan Usman Awang.
12

Kembali ke atas