toxic release inventory | inventori luahan toksik | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pangkalan data yang mengandungi maklumat mengenai pelepasan kimia toksik dan aktiviti pengurusan sisa lain. Inventori luahan toksik boleh digunakan untuk mengesan perjalanan, perubahan yang berlaku dan kadar risiko bahan toksik terhadap alam sekitar. |
detoxification | penyahtoksikan | Herba | Pemiawaian | Penyingkiran bahan toksik oleh organisma. Proses ini berlaku melalui tindak balas pengoksidaan atau pengautooksidaan ke atas bahan toksik berkenaan. Bahan yang teroksida menjadi lebih berkutub dan akhirnya larut dalam air, kemudian dikumuhkan melalui air kencing. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale) diminum untuk menyahtoksin dalam badan. |
toxic chemical | kimia toksik | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan kimia yang menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan dan alam sekitar. |
design for zero toxic | reka bentuk toksik sifar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk sesuatu produk atau proses yang tidak menghasilkan sisa berbahaya. |
abortifacient | abortifasien | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan kimia yang menyebabkan respons toksik oleh sistem reproduktif. |
hazardous air pollutant | bahan cemar udara berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bendasing toksik yang wujud dalam atmosfera yang menjejaskan kesihatan biota akibat aktiviti manusia atau terjadi secara semula jadi. Contohnya, sebatian organik mudah meruap dan dioksin. |
toxicological data | data toksikologi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat berkaitan dengan kajian tentang kesan toksik produk herba dalam julat dos terapeutik dan dos yang lebih tinggi. Data toksikologi merupakan prasyarat bagi ujian klinikal. |
air quality standard | piawai kualiti udara | Sains Kesihatan | Tiada | Piawai nilai kepekatan maksimum bahan-bahan toksik yang dibenarkan di dalam udara. |
chemical preservation | pengawetan kimia | Buluh | Tiada | Pengawetan buluh menggunakan bahan pengawet, iaitu bahan kimia yang bersifat toksik kepada agen perosak seperti anai-anai, serangga penebuk dan kulat pereput, yang bertujuan untuk melindungi buluh. Antara bahan kimia yang sering digunakan ialah asid borik, boraks dan asetik anhidrida. Sinonim rawatan kimia. |
adulteration | campur palsu | Herba | Tiada | Penambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu. |