aflatoxin | aflatoksin | Perikanan | Akuakultur | Toksin atau racun yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus nigerflavus yang kebiasaannya didapati pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apabila bijirin yang tercemar dimakan oleh ikan. |
toxin | toksin | Herba | Pemiawaian | Bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam badan manusia yang boleh menyebabkan penyakit tertentu. Contoh ekstrak herba yang boleh mengurangkan atau menyingkirkan toksin dalam tubuh ialah ekstrak akueus halia (Zingiber officinale). |
toxin | toksin | Kejururawatan | Tiada | Racun yang dihasilkan oleh organisma hidup, khususnya bakteria. |
toxoid | toksoid | Kejururawatan | Tiada | Toksin yang dijadikan tidak berbahaya tetapi masih boleh merangsang penghasilan antibodi apabila diberi kepada manusia dan haiwan. |
endotoxin | endotoksin | Kejururawatan | Tiada | Toksin yang terkandung dalam bakteria dan dibebaskan hanya apabila sel bakteria mati dan terurai. |
exotoxin | eksotoksin | Kejururawatan | Tiada | Toksin yang dihasilkan oleh sel bakteria hidup dan dirembeskan secara berterusan ke medium persekitaran. |
antitoxin | antitoksin | Kejururawatan | Tiada | Antibodi yang boleh menawarkan toksin yang dihasilkan oleh patogen. |
toxaemia | toksemia | Kejururawatan | Tiada | Keracunan darah disebabkan oleh kehadiran toksin yang dihasilkan oleh bakteria. |
diaphoretic | diaforetik | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan perpeluhan untuk mengeluarkan toksin melalui kulit. Contoh herba ini ialah cili, lada hitam dan bawang putih. |
antitoxic | antitoksik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang boleh meneutralkan tindak balas toksin dalam tubuh. Contohnya, ekstrak rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antitoksik. |