quid pro quo | quid pro quo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah tawar-menawar atau tolak ansur yang dibuat antara dua atau lebih pihak oleh pemimpin kaum yang berbeza. Kaedah ini bertujuan mengelakkan konflik yang tercetus akibat perbezaan pandangan. Pihak-pihak ini saling memahami dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat, biasanya akan diakhiri dengan rundingan dan tawar-menawar. Contohnya, kelangsungan Barisan Nasional di negara ini hasil hubungan quid pro quo yang dibentuk antara pihak yang berkepentingan. |
ultimatum | kemuktamadan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua. |
bargaining theory | teori tawar-menawar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar. |