Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = tali ~ tali kekang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tom I

Puisi
 

Kalau cik tuan selasih dana,
     Cik Tom bertali tiga;
Kalau cik tuan kasihkan kami,
     Jangan diragut dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tom-tomtom-tomKesenianTiadaBahagian perangkat dram.
bass tom-tombes tom-tomKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram yang menghasilkan suara lebih rendah daripada tam-tam yang terletak di sebelah kiri pemain dram.
tom collins glassgelas tom collinsPentadbiran PerniagaanTiadaGelas yang bermuatan 12 auns.
tom catkucing jantanVeterinarTiadaTiada
tomayam belanda jantanVeterinarTiadaTiada
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
double-spouted (vessel)dwimuncung (bekas)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian muncung tembikar yang berkembar yang menghala ke arah kiri dan kanan, berperanan sebagai tempat penyimpanan air. Tembikar jenis ditemui di tapak Lubang Angin dan Gua Niah (Sarawak) pada tahun 1960-an oleh Tom Harrisson. Tembikar ini merupakan sebahagian daripada bekal pengebumian yang tidak pernah ditemui di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Tembikar ini juga mempunyai perlambangan bentuk seperti paruh burung enggang yang mempunyai kaitan dengan tradisi budaya suku Kenyah dan Kayan.
romantic novelnovel romantikKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aksi dan bukannya perwatakan. Novel ini mengisahkan tentang cerita pengembaraan, peristiwa pelik, dan peristiwa penuh misteri. Novel ini digubah berasaskan imaginasi pengarangnya, dan digemari oleh mereka yang inginkan pelarian daripada dunia nyata. Contoh sastera Barat yang digolongkan dalam kategori ini ialah Tom Jones oleh Henry Fielding dan the House of Seven Gables oleh Nathaniel Hawthorne.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.
fairy talecerita pari-pariKesusasteraanTiadaCerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti.

Kembali ke atas