Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok yg agak kecil; longgok kecil: Ia mem­beli se~ buah langsat. 2 bintik besar pd kulit binatang dll. bertompok ada tompok pdnya. bertompok-tompok 1 terdapat banyak tompok pdnya; ber­kelompok-kelompok. 2 tidak rata (ttg warna dll): Bulu kucingnya berwarna putih ~ hitam. menompokkan me­letakkan bertompok-tompok; me­long­­gokkan. tompokan kumpulan yg bertompok-tompok; longgokan; timbunan. penompokan perbuatan atau hal menompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tompok (kata nama)
Bersinonim dengan capuk, topok, bintang, bintik, titik, totol;,
Kata Terbitan : bertompok-tompok, menompokkan,

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psoriasispsoriasisHerbaFitoterapiPenyakit kulit kronik yang dicirikan oleh tompok-tompok gatal, bersisik dan berwarna merah pada bahagian badan seperti siku, tapak tangan, lengan, lutut, kaki dan kulit kepala.
erysipelaserisipelasHerbaFitoterapiKeradangan lapisan kulit luar akibat jangkitan bakteria. Erisipelas dicirikan oleh tompok-tompok besar kemerahan dan bengkak pada kulit.
russet spottingtompok rusetPertanian OrganikTanaman Makanan-
UV spottompok UV-TiadaKenaan resin polimer bersama-sama sinaran ultraungu pada teks atau imej tertentu bahan cetak.
herpesherpesHerbaFitoterapiJangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) ataupun virus varisela- zoster (VZV) (rujuk kayap). Herpes menyebabkan keradangan kulit atau membran mukus dengan tompok vesikel yang dalam.
microarray analysisanalisis mikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaTiadaKaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur terpisah dari garis dasar dan b ialah jarak yang dilalui oleh hadapan pelarut dari garis dasar. Kromatografi lapisan nipis juga digunakan untuk pemisahan kebanyakan bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, terpena dan sebagainya. Dalam TLC preparatif, jalur yang terpisah dikikis daripada plat, dan bahan kimianya diekstrak dengan pelarut yang bersesuaian. Analisis TLC kuantitatif dilakukan melalui kaedah densitometri.

Kembali ke atas