Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong] | توڠ

Definisi : 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : bunyi spt bunyi kelentongan; ® tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : Jk singkatan bagi entong (panggilan kpd anak lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd papan. 2 tin besar tempat mengisi minyak dll: ~ sampah bekas tempat sampah dibuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,

Peribahasa

Madu satu tong jika rembes;
     rembesnya madu juga.

Bermaksud :

Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barrel chairkerusi tongKesenianHiasan DalamanKerusi yang mempunyai tempat sandar belakang yang melengkung seperti tong dan dikemaskan dengan tempat duduk yang berupholsteri.
barreltongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBilangan silinder enjin atau bilangan lubang silinder pada pendikit di dalam karburetor.
dumpster divingselongkar tong sampahAlam SekitarTiadaAmalan mencari sisa makanan terbuang yang masih elok atau mengitar barangan yang masih boleh digunakan atau berharga.
four-barrel carburetorkarburetor empat tongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKarburetor yang mempunyai empat injap pendikit.
dumbakdumbakMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dumbak ialah dram berbentuk tong atau silinder yang mempunyai dua permukaan kulit. Alat ini dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel engker umong di Sarawak.
trialsintrialsinSukanLumba BasikalAcara berbasikal BMX atau basikal bukit, yang penunggangnya memperlihatkan pelbagai gaya dan kebolehan, seperti melompat, berkayuh di atas batu, tangga tong, dan sebagainya.
butt treatment methodkaedah rawatan pangkalBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan menyusun buluh yang baru ditebang secara menegak dengan pangkalnya di bawah, di dalam tong berisi bahan pengawet. Lazimnya daun buluh tidak dibuang dan dibiarkan sepanjang tempoh pengawetan.
personal hygienekebersihan diriHerbaTiadaAmalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran.

Kembali ke atas