sudorific | sudorifik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang boleh menyebabkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim diaforetik. |
decoction | rebusan | Herba | Pemiawaian | Penyediaan ekstrak herba dengan merebus ramuan herba dalam air. Contohnya, rebusan akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) untuk menghasilkan tonik. |
antianxiety | antiresah | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang boleh mengurangkan tekanan perasaan atau kegelisahan seseorang. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia). |
pseudonym | nama samaran | Kesusasteraan | Puisi | Nama pengarang yang terdapat pada sesebuah puisi yang bukan nama sebenarnya. Contohnya,Tongkat Warrant bagi Usman Awang. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
radix | radiks | Herba | Pemiawaian | Bahagian pada tumbuhan herba yang tumbuh dalam tanah. Radiks lazimnya digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, radiks tongkat ali (Eurycoma longifolia) digunakan sebagai afrodisiak. |
tonic | tonik | Herba | Pemiawaian | Ubat atau cecair daripada ekstrak herba yang dapat menyegarkan, meningkatkan tahap kesihatan atau menguatkan badan. Contohnya, ekstrak akuas tongkat ali (Eurycoma longiolia) dijadikan tonik untuk memberikan tenaga dan menguatkan badan lelaki. |
intermediate herbal product | produk herba perantaraan | Herba | Tiada | Sebarang produk herba separa terproses yang perlu menjalani langkah pengeluaran seterusnya sebelum menjadi produk akhir. Contohnya, ekstrak tongkat ali dan misai kucing. |
medicinal plant | tumbuh-tumbuhan berubat | Herba | Tiada | Tumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai. |
crude extract | ekstrak mentah | Herba | Pemiawaian | Sediaan cecair pekat yang menggunakan pelarut organik atau akueus. Ekstrak mentah boleh disediakan melalui kaedah rendaman sejuk atau panas. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipekatkan melalui proses nyahpelarut untuk menghasilkan ekstrak mentah. |