Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pang] | توڤڠ

Definisi : sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pang] | توڤڠ

Definisi : Mn; bertopang 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala perintahnya tidak ~; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa juga; menopang membantahi, menegah, menen­tang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pang] | توڤڠ

Definisi : , = penopang sangga atau penyokong yg bercabang. bertopang memakai topang: ~ dagu duduk me­nyangga dagu dgn tangan. meno­pang menyangga dgn kayu dll yg bercabang: Ia ~ dahan rambutan yg terkulai itu dgn galah. menopangkan menggunakan sesuatu utk menopang: ~ kayu pd dahan rambutan yg melendut dgn buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
topang (kata nama)
Bersinonim dengan topangan, penopang, sangga, penyangga, sokong, penyokong, penunjang, sagang, lepar, penahan;,
Kata Terbitan : bertopang, menopang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crutchtopangPerikananTiadaTiada
crutchtopang, kelangkangVeterinarTiadaTiada
root chordtopang tunjangKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPenyangga sayap yang bersambung dengan fiuslaj kapal terbang.
herringbone struttingtopang tulang tambanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
strut supportpenyangga topangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk mengampu ketegangan pegas hadapan kereta.

Kembali ke atas