tangentiality | tangentialiti | Perubatan | Psikiatri | Gangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik. |
e-discussion | e-perbincangan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial. |
world cafe | kafe dunia | Umum | Tiada | Kaedah perbincangan secara berkumpulan bagi membincangkan sesuatu topik di beberapa meja kecil seperti di kafe. |
analysis-level thinking | aras pemikiran analisis | Pendidikan | Tiada | Aras kognitif yang merujuk kepada keupayaan untuk mendalami sesuatu topik dengan memeriksa komponen-komponennya agar struktur organisasinya dapat difahami. |
thread | rajutan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Twit berurutan atau bersambungan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter berdasarkan satu topik yang khusus. |
course blueprint | cetak biru kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Dokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian. |
learning snack | kudapan pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Isi kandungan ringkas, tetapi lengkap yang menerangkan satu konsep atau topik sahaja. Pelajar boleh mengakses kudapan pembelajaran tersebut secara dalam talian berdasarkan keperluan. |
learning path | laluan pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Jujukan kursus atau modul pembelajaran yang membolehkan pelajar menguasai sesuatu topik, subjek atau program pembelajaran. |
subject matter expert (SME) | pakar bidang subjek (SME) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang berautoriti dalam sesuatu domain atau topik subjek. Dalam konteks e-pembelajaran, mereka ialah pakar rujuk kepada kandungan kursus. |
bite-sized | secekut | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan e-pembelajaran ringkas dan singkat, tetapi lengkap yang menerangkan satu konsep atau topik. Bentuk kandungan bahan secekut adalah seperti video, audio, teks, atau infografik. |