domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-5 |
domestic tragedy | tragedi borjuis | Kesusasteraan | Tiada | Tragedi yang lebih menggambarkan kehidupan rakyat biasa atau golongan kelas menengah dan tidak daripada golongan istana atau kaum bangsawan. |
dogmatic tragedy | tragedi borjuis | Kesusasteraan | Tiada | Tragedi yang memaparkan tentang kehidupan atau rumahtangga dalam satu masyarakat biasa. |
tragic irony | ironi tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk ironi dramatik yang memaparkan satu watak dalam tragedi menggunakan kata-kata yang memberikan makna tersendiri, tetapi berlainan maknanya pada orang lain, yang lebih mengetahui situasi yang bakal dihadapi watak berkenaan. Terutama apabila menjadi mangsa kepada nasib dan takdir. |
tragic force | daya tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa atau daya penggerak yang memulakan aksi menurun dalam sesebuah tragedi. |
classical tragedy | tragedi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Satu kejadian berhubung kait dengan zaman purba Greek dan Yunani atau tragedi yang diasaskan daripada cerita-cerita Yunani atau Greek. |
hamartia (Yunani) | kelemahan; tragis rendah | Kesusasteraan | Tiada | Cacat tragedi: Kesilapan atau kelemahan besar menjadikan nasib seorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya. |
revenge tragedy | tragedi pembelaan | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang mengisahkan usaha atau perancangan watak wira untuk membalas dendam berpunca daripada perlakuan watak lain. Mekanisme ini boleh digunakan untuk menguatkan jalan cerita lakon tragedi. Sinonimlakon dendam. |
tragedy | tragedi | Kesenian | Drama dan Teater | Lakonan yang memaparkan urutan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan atau malapetaka kepada watak utama daripada golongan bangsawan atau keturunan raja. Dalam teater Melayu moden, drama Matinya Seorang Pahlawankarya Usman Awang dianggap sebagai sebuah tragedi. |