traumatic injury | kecederaan traumatik | insurans | Tiada | Kecederaan ke atas anggota badan seseorang disebabkan kemalangan, dan bukan disebabkan penyakit. |
traumatic mutism | mutisme traumatik | Perubatan | Psikiatri | Ketidakupayaan untuk bertutur, biasanya akibat pekak bawaan atau kerosakan otak. |
traumatic neurosis | neurosis traumatik | Perubatan | Psikiatri | Keadaan psikopatologi yang diiringi dengan pelbagai gangguan selepas seseorang mengalami kejutan emosi yang ketara. |
traumatic wound | luka traumatik | Kejururawatan | Tiada | Luka yang bercirikan kerosakan pada integriti kulit dan tisu yang tertanggal akibat kecederaan. |
post-traumatic stress disorder | kecelaruan tekanan pascatrauma | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. |
posttraumatic stress disorder (PSTD) | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Tiada | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |