train kilometer | tren kilometer | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Unit ukuran jumlah keseluruhan perjalanan tren dalam kilometer, lazimnya dikira dalam setahun. Unit ini diperolehi dengan mendarab bilangan tren dengan jarak perjalanan dalam kilometer. |
automatic train protection (ATP) | pelindung tren automatik | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem isyarat operasi tren yang dipasang pada kabin pemandu dan landasan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya perlanggaran tren apabila selang kenderaan bertambah tinggi. |
commuter rail | tren komuter | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tren yang beroperasi khusus untuk perjalanan komuter. |
commuter train | tren komuter | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tren yang beroperasi khusus untuk perjalanan komuter. |
excursion train | tren sewa khas | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tren yang disewa khas untuk membawa rombongan ke sesuatu tempat yang tidak dijadualkan. |
piggyback train | tren gendong | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jajaran tren gerabak khas yang digunakan untuk membawa lori treler lengkap dengan cara meletakkan lori tersebut di atas gerabak. |
train stabling | penumpukan tren | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Peletakan beberapa tren semalaman di satu tempat untuk persiapan hari esoknya setelah perkhidmatan harian. |
unit train | unit tren | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jajaran satu blok tren yang terdiri daripada kepala enjin, gerabak dan koc, yang digerakkan dengan menggunakan kuasa enjin lokomotif untuk membawa penumpang atau barang. |
train load | muatan tren | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Keupayaan maksimum sesebuah tren untuk mengangkut muatan penuh penumpang atau kargo. |
electric multiple unit (E.M.U.) | unit tren elektrik berganda | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Unit tren yang terdiri daripada beberapa koc yang dijadikan satu set dan boleh disambung menjadi beberapa set lain. Unit ini menggunakan kuasa elektrik dan dilengkapi kemudahan pemanduan sendiri di koc bahagian hadapan sekali. |